KANDUNGAN:

-Wahai diri, ingatlah.....
-Berlindung di bawah cahaya Ilahi.
-Jadilah orang yang beriman.
-Kenali hakikat Takaful yang sebenar.
-Tingkatkan prestasi iman dan taqwa.
-Mentaati perintah dan larangan.
-Ketahui suka dan murka Allah.
-Takaful sebagai jihad fisabilillah.
-Caruman dianggap derma sedekah.
-Tawaran dan ganjaran hebat Allah.
-Perbetulkan dulu niat kita.

Wednesday, 16 May 2012

SEJARAH RIBA

Pengertian:
Mengenakan bayaran lebih dari apa yang diberikan.


Telah lama diamalkan sebelum lahirnya Islam, agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw.
Mengandungi unsur penindasan.
Di Mesir telah diamalkan di zaman pemerintahan Firaun di mana hutang yang tidak dapat dijelaskan, penghutang akan menjadi hamba.
Di zaman Arab Jahiliyah, riba diamalkan atas 2 sebab:
1. mahu mengumpul harta dengan sebanyak-banyaknya.
2. terikut-ikut dengan orang Yahudi yang mempunyai hubungan rapat dalam perdagangan.

Pendapat ahli falsafah:
Aplaton
Wang tidak dapat memperanakkan wang tanpa usaha pemiliknya. Kenyataan ini disokong oleh ahli falsafah Kristian.

David Hume
Wang bukanlah barang atau alat yang boleh diperdagangkan tetapi ia hanya sebagai alat perantaraan bagi menjalankan perniagaan.

Yahudi dan Kristian
Pada asalnya agama ini tetap mengharamkan riba sebelum ianya dipesongkan.
Dalam Taurat ayat 25 fasal 22 (Sakarul Huruj):
Apabila kamu memberi hutang kepada anak bangsamu maka jangan engkau menganggap engkau sebagai orang yang memberi hutang. Jangan engkau meminta keuntungan daripada harta engkau.

Dalam Taurat ayat 35 fasal 25 (Sakarul Awbin)
Apabila saudara engkau berhajatkan atau berkehendakkan sesuatu, hendaklah engkau beri jangan meminta keuntungan dan mengambil apa-apa manfaat daripadanya.

Dalam Injil ayat 24 dan 25 fasal 6 (Injil Luqa)
Hendaklah kamu membuat kebajikan, berilah hutang, jangan mengharap pulangan yang lebih, itu adalah pahala yang banyak.

Para Paderi dan Ketua Gereja sependapat bahawa ia merupakan satu pengharaman yang total terhadap perbuatan riba.
Ketua Gereja Kristian bermahzab Yaswi (fahaman liberal) tetap tegas dalam masalah riba.

Bermulanya riba

Orang Yahudi yang terkenal dalam sejarah sebagai bangsa yang tidak amanah, penuh dengan penipuan dan penyelewengan. Tidak hairan jika mereka membuat tafsiran yang menurut hawa nafsu mereka terhadap Kitab Taurat bahawa:
Pengharaman riba itu ialah antara orang-orang Yahudi sahaja dan tidak haram terhadap umat-umat yang lain.
Manakala orang Kristian pula tidak dapat mempertahankan pengharaman riba selepas kurun pertengahan. Ianya berpunca dari tindak tanduk raja-raja dan pembesar agama mereka.

Tahun 1662, Raja Lois ke IV telah berhutang secara riba untuk menjelaskan pinjamannya.
Tahun 1860, Pope agama Kristian mula bermuamalat secara riba. Ini adalah ekoran selepas pemberontakan Peranchis pada 12 Oktober 1789. Ketua-ketua agama Kristian mengadakan satu perhimpunan agong dan mengambil keputusan mengharuskan perbuatan riba.

Riba mula dikembangkan ke seluruh dunia. Dengan sumber kewangan yang kukuh dan tipudaya Yahudi, mereka telah dapat memaksa pembesar negara asing untuk menerima sistem riba.
Ianya dipelopori oleh Ruthsolet yang mempunyai 5 orang anak, yang giat menjalankan kegiatan yang berunsurkan riba ke seluruh dunia.
Seorang anaknya diarah ke Jerman, seorang di England, seorang di Peranchis, seprang di Itali dan seorang lagi mengelilingi dunia. Mereka membuka bank-bank yang berasaskan riba.

Di dalam Al Quran, proses pengharaman riba dinyatakan dalam 4 peringkat.
Peringkat pertama - ayat-ayat nasihat.
Intipati ayat: tidak dapat pahala dari Allah.
"Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda."
Surah Ar Ruum ayat 39

Peringkat kedua - ayat-ayat peringatan.
Intipati ayat: menceritakan balasan Allah terhadap orang Yahudi yang memakan riba.
"Orang-orang yang memakan (harta) riba, tidaklah sanggup berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan. Demikian itu kerana mereka berkata sesungguhnya jualbeli itu sama dengan riba. Allah menghalalkan jualbeli dan megharamkan riba. Maka siapa yang sudah sampai kepadanya pengajaran Tuhannya (melarang riba) lantas ia berhenti maka baginya apa (harta riba) yang sudah diambilnya dan urusannya kembali kepada Allah. Dan siapa yang kembali (memakan riba) maka dialah penghuni neraka. Mereka kekal di sana. Allah memusnahkan riba dan menghidup suburkan sedekah (infak)"
Surah Al Baqarah ayat 275-276

Peringkat ketiga - ayat-ayat pengharaman.
Intipati ayat: terhadap riba yang melampau tetapi bukan pengharaman total.
"Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah kamu memakan riba dengan berlipatganda. Takutlah kepada Allah agar kamu menang (dunia dan akhirat)."
Surah Al Imran ayat 130

Peringkat keempat - ayat-ayat hukum.
Intipati ayat: pengharaman secara total sama ada sedikit atau banyak.
"Hai orang-orang yang beriman, takutlah Allah dan tinggalkan sisa-sisa riba. Jika (memang) kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu tidak mengerjakannya (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat, maka untukmu pokok harta (yang kamu pinjamkan). Kamu tidak dianiaya dan tidak pula menganiaya."
Surah Al Baqarah ayat 278-279


Hukum riba

Ianya diharamkan dalam Islam.
Riba meracuni akhlak-akhlak terpuji.
Keburukan riba dari perspektif Islam:
Dari segi akal -
tidak dapat diterima oleh fitrah semulajadi manusia, sifat rakus, gelojoh, tamak, kikir.

Dari segi sosial -
melambangkan kerakusan dan kegelojohan pihak yang sememangnya telah kaya.

Dari segi akhlak -
hilangnya sifat-sifat terpuji dan rasa keperimanusiaan sesama insan.

Dari segi ekonomi -
menambah bebanan dan tekanan untuk membayar pinjaman pokok, juga faedah yang dikenakan tidak menentu. Yang pastinya faedah itu menguntungkan pihak pemberi pinjaman.

Hadis Rasulullah saw berkaitan dengan riba


Rasulullah saw melaknati orang yang merayu dengan wang dan orang yang dirayu, pemakan riba dan orang yang memberinya.
Hadis riwayat Bukhari dan Abu Daud


Allah tidak masukkan empat golongan ke syurga dan mereka tidak mengecapi nikmatnya, orang yang membiasakan minum arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim tanpa kebenaran dan orang yang mendurhakai orang tuanya.
Hadis riwayat Al Hakim


Satu dirham yang didapatkan oleh seseorang dari sesuatu yang riba, lebih besar dosanya di sisi Allah daripada tiga puluh tiga zina yang dilakukan dalam Islam.
Hadis riwayat At Tabrani


Pemakan riba itu akan dibalasi dengan tujuh puluh dosa. Yang teringan ialah seperti seorang lelaki menjimak ibunya.
Hadis riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi


Di malam aku diisrakkan, ketika kami telah sampai ke langit ketujuh, aku melihat di atasku ada petir dan kilat. Lalu aku datang ke suatu kaum di mana perut mereka seperti rumah, di dalamnya ada ular yang terlihat dari luar. Kataku, "Hai Jibrail, siapa mereka?" Dia menjawab,"Mereka itu pemakan riba".
Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah


Peringatan Rasulullah saw untuk umat akhir zaman:


Akan datang suatu masa di mana manusia menganggap halal riba dengan nama jualbeli.


Sungguh nanti akan datang suatu masa atas umatku yang tidak ada seorang pun dari mereka kecuali makan hasil riba. Jika ia tidak makan hasil riba, maka ia akan terkena debu (dosanya).


Perbezaan di antara jualbeli dan riba.
Jualbeli:
Semangat gotong royong.
Keuntungan terbatas dan sekali sahaja.
Tanggungjawab pembeli dan penjual berakhir dengan penyerahan barang.
Keuntungan yang wajar kerana melibatkan usaha dan masa.
Riba:
Penindasan (pinjaman + faedah).
Berlipatganda dari semasa ke semasa.
Tanggungjawab makin bertambah untuk menyelesaikan hutang.
Keuntungan yang tidak wajar kerana tidak melibatkan usaha.


Bagaimana dengan diri kita?
Adakah kita sedang berusaha untuk membebaskan diri dari belenggu riba? Bagaimana dengan sistem kewangan kita?
Adakah kita memanfaatkan sistem kewangan Islam yang ada?

Apa saranan Rasulullah saw kepada kita, umat akhir zaman:
Kelak akan datang atas umatku suatu masa di mana seseorang dihadapkan pada dua pilihan antara kekurangan dan kemungkaran. Barangsiapa mendapati (berada) pada masa itu, hendaklah ia memilih kekurangan dan meninggalkan kemungkaran.


Fikir-fikirkan ayat-ayat Al Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw di atas tadi.


APA KOMEN ANDA?

No comments:

Post a Comment